designLounge
Saya sekarang sedang sibuk merekabentuk semula beberapa blog milik pelanggan yang ingin blog mereka dijenamakan semula. Memandangkan mereka adalah pengguna Blogger, modifikasi tema tidaklah sesukar WordPress. Blogger menggunakan tema dengan struktur yang agak ringkas pada ’satu helaian’ manakala WordPress pula membahagikannya mengikut struktur tema secara berasingan (misalnya header, sidebar, footer dan sebagainya).
Di DesignLounge, harga yang dikenakan untuk modifikasi blog yang menggunakan platform Blogger adalah serendah RM10 dan mereka mengatakan bahawa ianya cukup menarik! Tetapi itulah nilainya bagi sebuah blog yang segar, profesional dan mengikut citarasa anda.
Jenamakan Blog Anda - Apa Yang Perlu Anda Lakukan?
Mudah sahaja. Pertamanya, penuhkan borang permohonan. (Pastikan anda memberikan saya e-mel yang betul) Keduanya, pada ruangan mesej, maklumkan konsep blog yang anda mahukan dan butiran-butiran lain. Ketiganya, tunggu e-mel dari saya… dan akhirnya, anda akan mendapat sebuah blog berwajah baru yang melambangkan identiti anda!
Wallahu A’lam.

